Sijil HALAL SHAKLEE 2012

Sijil Halal Shaklee
~ Sijil Halal SHAKLEE yang dikeluarkan pada 6 Februari 2012 ~

Pengiktirafan Halal SHAKLEE dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM.

Oleh sebab itu, anda tidak perlu rasa was-was lagi dengan produk Shaklee dan menggunakannya dengan senang hati.  Saya juga tidak akan menjadi pengedar dan pengguna Shaklee jika ianya tidak halal.

Anda juga boleh merujuk kepada JAKIM samada ISA diiktiraf tau tidak.  Boleh rujuk di sini, Senarai Badan Islam yang Diiktiraf.

Rasullah S.A.W mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil.  Hadith daripada Nukman Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat diantara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai dikalangan manusia.  Maka barang siapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya.  Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram."
(Riwayat Bukhari)

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa saja yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu."
(Al-Baqarah: 168)

Note: Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...