Showing posts with label Kepentingan Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Vitamin. Show all posts

Monday, 23 July 2012

Jenis2 & Fungsi Vitamin

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.  Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien.  Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.  Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplement (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.  Mari kita lihat jenis2 dan fungsi setiap vitamin:

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :Vitamin AMenggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:Vitamin CMembantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin.  Lebih-lebih lagi anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi.  Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.  Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.  Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.  Misalnya, rabun (kurang vitamin A) dan anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah).  Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan B12 atau zat besi.  Pengawalan makanan juga bagus, tapi sekiranya anda kawal makanan tetapi pengambilan zat dalam makanan kurang, itu juga tidak berguna.

****************************************************************
Sekian info sharing hari ini.  Semoga anda mendapat manfaat yang berguna. :)

Sharing is Caring...

Thursday, 19 July 2012

Anda Sihat kerana tidak mengalami sakit kronik...Hakikatnya...

Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik...tapi cuba lihat...adakah anda ada masalah2 berikut?
  • kurang tenaga / letih / lesu / penat
  • berat badan berlebihan
  • selalu pening
  • gusi berdarah
  • mudah calar
  • mengantuk
  • gugup
  • selsema
  • selalu mengambil painkiller
  • nafas berbau
  • sakit2 sengal badan
  • sakit bahu
  • sembelit
  • rambut gugur
Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat.  Jika dibiarkan berlarutan tak mustahil ia membawa kepada sakit2 kronik...yg masa ketika itu, anda kene bergantung pada ubat...Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah?..mari apply tips2 di bawah ni:
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu (tak semestinya ke gym...boleh pilih yang simple2...turun naik tangga ke...skipping ke..)
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein, rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses...ie fastfood...kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu)
  • Makan lebih sayur dan buah...makan protein dari sumber rendah lemak
  • Minum 8 - 10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C, Vitamin E, B Complex...
Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee, kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam...dan yang penting ianya vitamin natural bermaksud badan mudah serap berbanding vitamin sintetik / kimia....

Sharing is Caring...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...