Friday, 30 November 2012

Vitamin Banyakkan Susu Ibu..??

Perlu ditegaskan bahawa vitamin bukanlah berfungsi untuk memperbanyakkan susu ibu.  Ia merupakan satu keperluan kepada tubuh untuk mendapatkan kesihatan fizikal dan mental yang sepatutnya.  Ibu-ibu moden dasawarsa ini yang turut sama menyumbang kepada ekonomi keluarga perlu lebih bertenaga dan sihat dalam menguruskan rutin hidup sebagai ibu, isteri dan pekerja.  Ianya bukanlah satu tanggungjawab yang mudah.  Banyak perkara perlu dikorbankan dan dititikberatkan.  Maka di sinilah pentingnya vitamin dan perlu diingatkan vitamin inu bukan punca kepada banyak @ kurangnya susu ibu itu.

Ibu-ibu moden hari ini semakin sedar akan kepentingan untuk memberikan bayi mereka susu ibu berbanding susu formula.  Oleh itu ibu-ibu perlu tau konsep asas penyusuan iaitu:

"Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih banyaklah susu itu akan dihasilkan"

Bunyi macam pelik bukan.., tapi asas penyusuan ini bersyarat di mana si ibu perlu pastikan:
  • sentiasa kekal sihat dan menjaga pemakanannya.
  • pengambilan air secukupnya bagi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susu ibu.
  • sentiasa tenang, emosinya stabil, BEBAS dari sebarang tekanan luaran dan dalaman (keluarga/pejabat)
  • Elakkan berdiet, kerana ibu yang menyusu perlukan tambahan kalori.

Kompisisi utama nutrien di dalam susu ibu ialah Protein, Kalsium, Vitamin serta Zat Galian lain.  Oleh itu ibu-ibu perlu memastikan pengambilan kalsium, vitamin dan zat galian lain mencukupi untuk membantu penghasilan susu ibu lebih lancar dan berkhasiat.  Lebih banyak perahan dilakukan maka lebih lancar penghasilan susu ibu tersebut.

Alhamdulillah saya berjaya menyusukan kedua-dua hero saya.  Yang sulung berumur 3 tahun, baru sahaja berhenti menyusu badan pada 13.11.2012.  Dan sekarang saya masih menyusukan anak saya yang kedua yang berumur 1thn 9 bln dengan mendisiplinkan mengikut syarat-syarat tersebut disamping terus berdoa agar 'rezeki' anak-anak saya dimurahkan.

Bagi ibu yang mempunyai masalah untuk mendapatkan nutrien yang cukup dalam asas piramid pemakanan, maka inu-ibu bolehlah cuba untuk mengambil makanan tambahan bagi memastikan misi penyusuan bayi anda berjaya.  Namun harus ibu-ibu semua ingat bahawa VITAMIN TIDAK MEMBANYAKKAN SUSU ANDA.

Jadi sudah pasti ibu-ibu akan tertanya-tanya.... "Apa fungsi vitamin untuk ibu menyusu?"
Untuk pengetahuan semua, vitamin berfungsi untuk membantu ibu-ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mendapat mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan.  Secara langsung ia juga membantumemperkaya nutrisi yang terdapat dalam susu ibu.  Bila ibu kekal sihat dan tenang (bebas tekanan) maka secara langsung ianya telah membantu melancarkan proses penghasilan susu tersebut.

Credit to: Zura Betty

Sharing is Caring

Thursday, 8 November 2012

Vitamin Cinta ~improve sexual health~


Assalamualaikum.....terpanggil rasanya utk ceritakan pengalaman sendiri...saya tahu ramai wanita & ibu-ibu di luar sana mengalami RASA DINGIN utk bersama selepas melahirkan...sama seperti saya...lebih-lebih lagi timbul rasa SAKIT & SERAM utk bersama selepas tempoh berpantang...kadang-kadang ada sesetengah isteri mengeluh bila en suami complaint sana sini terasa LONGGAR & KENDUR...tu yang membuatkan ramai wanita rasa TIDAK YAKIN & DOWN dengan diri sendiri....

Masalah ini semua pernah saya lalui sama seperti ibu-ibu di luar sana...Sangat upset bila bersama, Miss V kurang cecair dan sangat sakit bila bersama...nak cerita dekat orang, malu....tapi sampai bila kita nak simpan...takut sendiri yang merana...kerana saya percaya salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga adalah hubungan antara suami isteri...

Takut untuk terima kesan buruk akan datang...kemudian saya nekad utk ceritakan masalah saya kepada BFF saya, Zura Betty...masa tu da tak kira malu da demi kebahagiaan rumahtangga...kemudian dia mencadangkan agar saya cuba mengamalkan VITAMIN E & ALFALFA...mula-mula mmg tak percaya...betul ke vitamin blh bantu???...nak makan jamu, mmg tidak lah...so takde pilihan, saya makan juga...

Selang beberapa minggu (saya tak ingat) saya amalkan pengambilan VITAMIN E & ALFALFA...Alhamdulillah berkat usaha & dengan izin ALLAH, Miss V dah tak kering & tak sakit bila bersama...dan yang paling best, en suami puji rasa mcm mula2 kahwin dulu walaupun anak da dua...hehehe...apa lagi...kembang kuncup la...dan yang saya perasan, masalah keputihan juga kurang...rasa bersih & senang nak solat...

Dan sejak itu saya terus amalkan pengambilan 2 vitamin ni selain dari suplement-suplement lain...

Jom saya kongsikan apa kebaikan ALFALFA & VITAMIN E dalam hubungan suami isteri:

*********************************************
Alfalfa Complex Shaklee
Selain membantu membanyakkan susu dan mengurangkan masalah keputihan, Alfalfa mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan is mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka membantu dalam 'hubungan' suami isteri (enhance libido).  Malah ada juga mengatikannya dengan membantu pembesaran payudara...

Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin E pula selain daripada untuk mencantikkan kulit, antioksiden dan memanaskan badan (bagi yang mengalami lenguh-lenguh sendi) Vitamin E juga berkaitan dengan intimacy!...Vitamin E to stimulate the production of sex hormones, thus leading to a healthier sex life...


These statements have not been evaluated by the Food & Drug Administration.  These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


**********************************************

Nak juga rasa pengalaman manis seperti saya?....Hubungi saya segera untuk sebarang pesanan & pertanyaan...

Tuesday, 2 October 2012

PROMOSI OKTOBER 2012 ~ ESP

Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien
wow....wow...wow...!!!!
PROMOSI OKTOBER da keluar...!!!
Saya suka OCTOBER...!!!
Harga RUNTUH + BERKECAI !!!

Rugi siapa yg tak GRAB OFFER ni!!! Cepat sebelum stok habis!!!
Siapa boleh consume?
bf mom
preggy mom
student
lelaki
wanita
semuaaa boleh consume...!!!
Apa yang best sgt ESP ni?...Jom baca ni:

Keistimewaan & Fakta ESP
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

Siapa yg perlukan ESP?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
  • Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat
  • Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Banyak lagi kebaikan ESP ni...cuba klik sini...!

**********************************************************
Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk SHAKLEE.

Perbezaan Soy Isolate Protein ESP dengan minuman soya biasa...

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kita yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dgn ilmu itu baru kita yakin dan bila yakin baru laa khasiatnya akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memnerikan hasil yg kita inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kita akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kita tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari apa yg kita makan dan ambil...

ESP ialah protin...kenapa protin penting?

Sbb Protein adalah makanan terpenting utk badan kita.  Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.  Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yg membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein utk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yg lama @ tua dgn tisu0tisu yg baru, menggantikan tisu-tisu yg rosak @ cedera dgn tisu-tisu yg baru.


APA yg BEST tentang ESP?
  • merupakan sumber "Protein Lengkap" dgn 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperoleho dari diet seharian.  
  • Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yg semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya utk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yg normal dalam darah.  
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu 1gm.
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yg tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8gram karbohidrat utk tenaga.

Kelebihan ESP: Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.  Bantu hilangkan parut jerawat di muka.  Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.  Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.  Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.  ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

ESP jika diambil bersama suplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua seupplement yang kita ambil...cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan...so nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa??? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP:

INFO : Produk - ESP - 7 kriteria / panduan / guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN
Soy Protein Isolate Powder

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic ~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic...sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.  Dan dari segi kajian, sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.  Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetic) ~ Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?  Sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural)...dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan genetic. Dr Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu ~ Ni ciri yang amat penting.  Badan memerlukan kesemua 9 ni utk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibodi, enzyme.  If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30% , and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol ~ Alcohol tu haram ialah satu hal jugak...tapi kalau disusi dgn alcohol, ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone...up to 88%!  Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2, etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan ~ Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance.  Sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.  Find a brand that uses an extracting process taht removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan ~ Amino acids sgt sensitif dgn suhu yg panas...In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS.  If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa? ~ Kajian / artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.  Dan oleh yg demikian, unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.  Kebanyakan pengusaha / pengeluar protin tidak menambah cukup calcium
Sumber: MamaCeri & Shaklee Golden Lounge

***********************************************************
Untuk dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya;

Monday, 23 July 2012

Jenis2 & Fungsi Vitamin

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.  Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien.  Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.  Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplement (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.  Mari kita lihat jenis2 dan fungsi setiap vitamin:

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :Vitamin AMenggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:Vitamin CMembantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin.  Lebih-lebih lagi anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi.  Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.  Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.  Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.  Misalnya, rabun (kurang vitamin A) dan anemia (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah).  Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan B12 atau zat besi.  Pengawalan makanan juga bagus, tapi sekiranya anda kawal makanan tetapi pengambilan zat dalam makanan kurang, itu juga tidak berguna.

****************************************************************
Sekian info sharing hari ini.  Semoga anda mendapat manfaat yang berguna. :)

Sharing is Caring...

Thursday, 19 July 2012

Anda Sihat kerana tidak mengalami sakit kronik...Hakikatnya...

Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik...tapi cuba lihat...adakah anda ada masalah2 berikut?
  • kurang tenaga / letih / lesu / penat
  • berat badan berlebihan
  • selalu pening
  • gusi berdarah
  • mudah calar
  • mengantuk
  • gugup
  • selsema
  • selalu mengambil painkiller
  • nafas berbau
  • sakit2 sengal badan
  • sakit bahu
  • sembelit
  • rambut gugur
Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat.  Jika dibiarkan berlarutan tak mustahil ia membawa kepada sakit2 kronik...yg masa ketika itu, anda kene bergantung pada ubat...Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah?..mari apply tips2 di bawah ni:
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu (tak semestinya ke gym...boleh pilih yang simple2...turun naik tangga ke...skipping ke..)
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein, rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses...ie fastfood...kerana makanan yang tinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu)
  • Makan lebih sayur dan buah...makan protein dari sumber rendah lemak
  • Minum 8 - 10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C, Vitamin E, B Complex...
Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee, kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam...dan yang penting ianya vitamin natural bermaksud badan mudah serap berbanding vitamin sintetik / kimia....

Sharing is Caring...

Tuesday, 17 July 2012

Bagaimana Melengkapkan Diet Sepanjang Berpuasa

Cepatnya masa berlalu, tak lama lagi dah masuk Ramadhan...dan sekarang sume tgh giat nak ganti puasa...especially yang ibu menyusu lagi risau...takut effect pengeluaran susu...Anda ibu menyusu atau ibu hamil, atau hanya orang biasa, anda perlu baca artikel di bawah.  Benar, cabaran menyusu ketika berpuasa hebat.  Saya merasai perbezaannya bila puasa tahun lepas.  Saya harap, ibu-ibu usah bersusah hati menjelang Ramadhan penuh barokah ini.  Biarlah Ramadhan kali ini kita sambut seperti biasa dengan rasa rindu, teruja, positive mind setting.  Allah itu Maha Menyayang, jika tidak mampu berpuasa untuk ibu hamil, menyusu, disediakan rukhsoh.  Namun, jika boleh meneruskan dalam keadaan sihat, cergas, hebat, alangkah bagusnya kan?  Artikel ni menjawab soalan umum : "Apa dan bagaimana untuk melengkapkan diet anda sepanjang puasa"

Ianya tidak hanya untuk ibu-ibu menyusu, hamil.  Boleh dibelikan dan dikongsi dengan suami atau lebih afdhal juga dibelikan untuk ibu & ayah.. Disamping kita rasa sihat & cergas, suami, ayah, ibu juga cergas & sihat sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa & Bagaimana?

Anda harus mendapatkan cukup protein, vitamin dan mineral, dan lebih disyorkan untuk anda ketahui bahawa vitamin tertentu seperti Vitamin C dan B diketahui mudah termusnah akibat stress, pencemaran atau kerana pengambilan pil perancang.  Cara paling pasti untuk memastikan nutrisi yang diperlukan anda sehari-hari adalah cukup ialah dengan memilih suplemen berkualiti tinggi yang memenuhi atau melebihi keperluan RDA.  Setiap kali anda memilih suplemen, pastikan anda menyemak label untuk RDA AS.  Nilai minimum 100% dari AKG AS atau lebih untuk vitamin dan gabungan kalsium, magnesium dan fosforus harus sekitar 60/50/45% kerana jika lebih, maka tidak akan larut dan diserap ke dalam tubuh anda, mineral yang lain mesti mengandungi 100% dari AKG AS.  Suplemen yang disarankan untuk diambil sepanjang Ramadhan ialah:

  • Protein dalam bentuk protein soya, yang mengandungi semua 9 asid amino perlu dan rendah kolestrol lemak.  Untuk memastikan anda memperoleh banyak tenaga dan pengeluaran air susu ibu yang baik.
  • Multivitamin yang mengandungi semua penting 12 vitamin 7 mineral hanya untuk memastikan bahawa anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan sehari-hari.
  • Vitamin C 500mg mengandungi 120mg dari bioflavanoids untuk penyerapan yang baik.  Hal ini untuk membantu anda tetap sihat sepanjang berpuasa.
  • B Complex yang bekerja paling baik ketika digabungkan dengan semua 8 ahli keluarga vitamin B iaitu asid folic, biotin, tiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Panthothenic dikenali untuk pertumbuhan otak saraf dan fungsi pembiakan dan mengawal hampir semua aktiviti sel dalam tubuh anda.
  • MealShake yang menggantikan serat/fiber.  Diperlukan kerana kita cenderung minum banyak minuman manis dan makan lebih banyak karbohidrat dan sedikit sayuran dan buah-buahan dan kuantiti kecil air putih, kita mungkin mengalami sembelit dan keadaan ini boleh dibantu oleh kehadiran Mealshake.
  • Performance Drink membantu mencegah dehidrasi dan memberikan tenaga sepanjang hari.  Jangan memilih minuman tenaga berkarbonat dengan kadar gula yang tinggi kerana ianya tidak baik untuk kesihatan anda.
*********************************************************
Untuk dapatkan harga istimewa untuk produk di atas, segera hubungi saya!
Kurang budget?  Saya sedia membantu... :)

Email: umie.imans@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: +6019 745 6954
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...