Monday, 4 June 2012

Atasi Cabaran Awal Penyusuan Ibu

Menyusukan baby merupakan fitrah dan kejadian semulajadi yang diciptakan oleh Allah.  Ia bukanlah satu tugas yang mudah.  Memang benar....kita perlukan fizikal dan mental yang kuat untuk berjaya dalam misi ini.

Banyak mitos dan fahaman-fahaman ortodoks dari orang sekeliling kita yang boleh mengakibatkan kita kurang berkeyakinan untuk menyusukan bayi kita.  Saya sendiri pernah melalui fasa-fasa seperti itu.

Sekarang ibu-ibu beruntung kerana mudah untuk mendapatkan info-info berkaitan dengan penyusuan ibu.  Terpulang pada kita samada kita mahu mendalaminya atau tidak.

Dipetik dari blog kawan saya zura betty mengenai isu:

Apakah Asas Penyusuan Susu Ibu?

  • Produk yang berkualiti dihasilkan oleh mesin yang diselenggarakan dengan baik.  Semua pun tahu bukan, badan kita ibarat mesin, dan susu itu adalah produk? Sejak sebelum hamil lagi kita dah kena jaga badan dan pemakanan.  Tapi orang kita ni pelik, bila dah mula mengandung baru sibuk nak amik supplement itu ini, baru sibuk nak minum susu bertin-tin dan macam-macam lagi. Jika badan kita sihat barulah susu yang terhasil tu baik mutunya.  Di sini pentingnya MULTIVITAMIN dan CALCIUM yang perlu diambil secara berterusan.  Kalau mesin selalu rosak, agak-agak productionnya lancar tak? Sama juga dengan badan kita, kalau selalu sakit bagaimana nak hasilkan susu dengan baik dan bermutu Jangan tunggu susu dan merudum baru kelam-kabut nak cari supllement lah, booster lah, hapa-hapa lah....
  • Susu sudah mula terhasil sejak kita masuk 2nd trimester lagi. InsyaAllah lahir je baby memang dah ada susu.  Cuma kita perlu ransang untuk dia keluar.  Dekat-dekat due tu rajin-rajinlah picit, mesti keluar punya walaupun setitik dua.  Pada peringkat awal, kesabaran dan keyakinan amatlah penting. Think positif, breast kita baru nak belajar mengeluarkan susu, janganlah expect susu akan keluar mencurah-curah sebab Breast bukan paip air!! Slowly, tak perlu risau yang susu kita tak cukup, baby tak kenyang, susu tak ada dll.  Allah ciptakan newborn baby boleh hidup dengan minum hanya sedikit sahaja selama 3 hari dan normally badan kita akan mengambil masa dalam 3 hari untuk menghasilkan susu sampai breast engorge.
  • Pengeluaran berkadar terus dengan permintaan - Sebaik sahaja baby melihat dunia, kebiasaannya dia akan menyusu dua jam sekali.  Hasil penyusuan yang kerap itu nanti, otak kita akan dapat maklumat bahawa lebih susu perlu dihasilkan, automatic kilang susu kita akan bekerja lebih efektif untuk hasilakan susu bersesuaian dengan kadar keperluan.
  • Baby refuse breast nipple sebab terbiasa minum botol masa kat hospital! Kalau baby refuse breast nipple after more than 2 weeks consistently on bottle feeding saya rasa logic, tapi kalau baru lahir dan baru 2-3 kali minum guna bottle but suddenly the mother claims baby tak nak breast nipple, I should say, "something is wrong with the mother"...sorry


SALAH TANGGAPAN TERHADAP BREASTFEEDING
  • Breast kecil tak mampu hasilkan susu yang cukup - susu bukan dihasilkan oleh saiz breast, ada kilang dalam badan kita yang bekerja memproses susu. Size breast tidak ada kene mengene dengan keupayaan menyusu anak.
  • Baby boy kuat menyusu - so susu tak cukup kene sokongan formula milk (FM).  Tidak ada satu kajian pun dalam dunia perubatan setakat ini yang sahkan hal ini.  Jantina tidak ada kena mengena dengan kadar keperluan susu.  Ini hanyalah mitos belaka.
  • Baby yang menyusu lama tu kuat minum - ramai yang sangka bila baby tu lama melekat kat breast bermakna dia kuat menyusu.  Sebenarnya fakta ini salah.  Ia sangat berkait rapat dengan cara baby itu latch.  Bagi baby yang berupaya hisap dengan berkesan, dia hanya perlukan 5 minit sahaja untuk kenyang berbanding baby yang tidak berjaya hisap dengan baik akan memerlukan masa yang lebih lama.  That's why perlunya belajar cara hold baby dan cara posisikan nipple dan aroela ke mulutnya.
  • Top up dengan formula milk - kalau dari awal kita dah top up baby dengan FM, there's no way to achive our goal of 6 months exclusive breastfeeding.  Baby dah kenyang dengan FM, how could you expect him to drink from your breast? Bila breast tak dapat rangsangan, otak akan dapat info yang susu perlu dikurangkan penghasilannya, kilang susu akan slow down  productionnya, lepas itu kita gelabah tak tentu hala punca susu tiada.  Tanya semula diri kita, kenapa kita breastfeeding kalau at the same time kita bagi FM?
Menyusu bukan pilihan, tapi hak setiap anak yang perlu dipenuhi.  Sebagai ibu kita bertanggungjawab untuk menyusukan anak-anak dengan susu yang Allah anugerahkan pada mereka melalui kita.

"Breastfeeding is not a choice, but an obligation to the choice"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...