Sunday 3 June 2012

Penting ke Vitamin E?...


Sekilas Fakta: Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser & penyakit kardiovaskular.  Berdasarkan kajian, Vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.  Ianya larut lemak yg disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah & otot.  Namun yang menariknya Vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) & ia tidak menjadi toksik seperti Vitamin A.  Vitamin E terdiri dari 8 komponen dalam 2 kelas utama : tocopherols & tocotrinols yang terdiri dari komponen2 alpha, beta, gamma & delta.  Vitamin E yang lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut.  Alpha tocopherols adalah komponen yang paling aktif.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat dikanlangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E
  1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2. Memperbaiki peredaran darah untuk memperbaiki tisu & sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" & penyakit fibrocystic payudara.
  3. Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  4. Memelihara pembekuan darah yang normal & penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit & mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  5. Mengekalkan kesihatan saraf & otot & dimasa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  6. Menggalakkan kulit & rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gekala mata yang boleh menjangkiti bati pramatang.
  7. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  8. Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  9. Merendahkan kadar kolestrol.
  10. Membantu mencegah kanser.
  11. Boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  12. Juga dikenali 'vitamin cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
  13. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon & melalui fasa monopous memerlukan vitamin E.
Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin.  Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang, selada air & gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur & anemia.
Berminat? sila hubungi saya ya....



credit: kak cery

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...